Monday, September 9, 2013

ZIZAN RAZAK BERI NAFAS BARU AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF 2013)

Zizan Razak Pengacara AF 2013

ZIZAN RAZAK BERI NAFAS BARU AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF 2013)

Zizan Razak Beri Nafas Baru Akademi Fantasia 2013 (#AF 2013)

Pemilihan Pelawak Zizan Razak sebagai pengacara musim baharu program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) adalah bagi memberi nafas baru kepada program tersebut. Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Zizan mempunyai kriteria yang berbeza dengan pengacara sebelum ini dan mampu memberi nafas baru pada AF 2013.

"Zizan merupakan pilihan yang paling tepat kerana dia mempunyai karakter yang berlainan daripada pengacara Akademi Fantasia (AF) sebelum ini yang mana kita tahu masing-masing mempunyai cara tersendiri. "Dengan cara penyampaian yang santai dan jenakanya dapat membantu mengurangkan tahap tekanan peserta," katanya yang ditemui selepas Konsert Prelude AF 2013, di sini, Sabtu. Tambah Raqim, pihaknya menerima banyak maklum balas positif daripada penonton yang menganggap pemilihan tersebut bertepatan dengan konsep baharu program ini. "Kita dapat komen yang banyak daripada penonton di laman sosial tentang pemilihan Zizan dan Alhamdulillah kebanyakannya memberi maklum balas positif.

Dalam pada itu, mengulas tentang pemilihan pelajar, Raqim berkata, ia dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan dengan mengutamakan kelebihan vokal. "Kita pilih 10 peserta terbaik dan mempunyai suara yang unik dan tiada persamaan dengan mana-mana artis yang telah ada. "Tentang pakej lain serta nilai kormersial bagi saya ia akan datang kemudian dan ia boleh dibentuk oleh tenaga pengajar untuk membantu mereka mencari imej tersendiri," katanya. Program AF 2013 akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria (saluran 104).

ZIZAN RAZAK BERI NAFAS BARU AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF 2013)
ikuti kisah hiburan di mStar

No comments: