Sunday, September 15, 2013

ANTARA NABILA HUDA AMY SEARCH DAN KEISHA LAILA

Nabila Huda dan Keisha Laila

ANTARA NABILA HUDA AMY SEARCH DAN KEISHA LAILA

Antara Nabila Huda Amy Search Dan Keisha Laila

SEJAK dirinya terlibat dalam kemalangan bersama anak dan seorang rakan selebriti, pelbagai kisah mula timbul mengaitkan aktres popular ini. Bukan sahaja dimarahi bekas suami di atas kecuaian rakannya dalam memandu sehingga mengakibatkan kecederaan kepada anaknya, Keisha Laila, 4, Nabila Huda dihunus pelbagai persoalan mengenai kenyataan bapanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kemalangan itu, Amy Search dilihat turut menyalahkan anaknya di atas apa yang terjadi. Malah, Amy turut menyifatkan kemalangan itu merupakan petunjuk kecil dari ALLAH SWT di atas apa yang telah dilakukan Nabila sebelum ini. Bukan setakat itu, Amy turut meluahkan rasa kecewanya di laman mikro, Twitter, mengenai Nabila yang tidak pulang beraya bersamanya ketika Aidilfitri lalu. Akui terkejut dengan kenyataan itu, Nabila atau lebih mesra di sapa Abil ini tidak menyangka bapanya sanggup memberitahu media mengenai perkara itu.

“Memang pada mulanya, saya terkejut dan terasa hati dengan kenyataan Papa. Namun, sebagai anak, saya anggap ianya sebagai nasihat bapa kepada anak. “Segalanya saya terima dengan hati yang terbuka. Malah, saya jadikannya sebagai semangat untuk hari-hari yang mendatang. “Saya bukan sengaja untuk tidak pulang beraya bersamanya di Johor Bahru, namun saya keliru kerana ibu saya juga turut meminta saya untuk beraya bersamanya di Klang. “Jadi, saya buat keputusan untuk beraya bersama rakan-rakan di Singapura. Walaupun tidak beraya bersama, saya ada menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada Papa,” katanya.

ANTARA NABILA HUDA AMY SEARCH DAN KEISHA LAILA
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: