Friday, September 6, 2013

AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF2013)

Akademi Fantasia 2013

AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF2013)

Akademi Fantasia 2013 (#AF2013)

Pertama kalinya dalam sejarah penerbitan program realiti hiburan popular Akademi Fantasia membawakan sesuatu kelainan dalam industri seni hiburan tanah air serta beberapa pembaharuan daripada segi format telah diperkenalkan bagi bagi memantapkan lagi mutu pengisian AF 2013 agar terus segar serta menepati kehendak penonton.

Teka teki siapakah yang menerajui barisan tenaga pengajar dan pengetua sudah terjawab. Kelainan pada tahun ini tiada pegetua tetapi AF 2013 membawakan tiga ikon penghibur popular iaitu Dato’ Siti Nurhaliza (#SitiNurhaliza), Melly Goeslaw (#MellyGoeslow) dan Faizal Tahir (#FaizalTahir) sebagai #Inspirer untuk memberi bimbingan dan suntikan permulaan kejayaan bagi bakal bintang-bintang AF 2013 serta mempersiapkan pelajar-pelajar sebagai bintang masa hadapan.

Tidak lengkap sekiranya program realiti popular Akademi Fantasia ini tanpa tenaga pengajar profesional. Menyaksikan empat orang tenaga pengajar iaitu Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi (#CikguShafi) dibawa masuk semula menyertai barisan tenaga pengajar untuk menggalas tanggungjawab sebagai Guru Vokal dan tiga tenaga pengajar baru iaitu Alam Wakaka (#AlamWakaka) dan Suhaili (#Suhaili) yang berpengalaman dalam bidang tarian telah dilantik sebagai Guru Koreografer serta pelakon popular tanahair iaitu Fizz Fairuz (#FizzFairuz) sebagai Guru Seni Persembahan. Gabungan mantap #Inspirer dan tenaga pengajar yang berkebolehan ini akan memantapkan lagi AF 2013 dalam membimbing bintang-bintang yang bakal bersinar.

Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF yang akan ke udara selama empat episod bermula 2 hingga 5 September 2013 jam 9.00 malam. Ini diikuti dengan tayangan Konsert Prelude Top 24 (#KonsertPreludeAF) pada 6 September 2013 dan Konsert Prelude Top 12 pada 7 September 2013 jam 9.00 malam yang turut bersiaran secara langsung di portal rasmi AF 2013 iaitu www.af.com.my dan www.youtube.com/astrogempak Program AF Buzz (#AFBuzz) pula boleh ditonton pada setiap hari Isnin bermula 9 September 2013 jam 9.00 malam di mana dalam program ini, tiga orang panel akan membincangkan secara lebih terperinci tentang AF 2013 yang turut mengabungkan kesemua pandangan dan cerita di sebalik cerita tentang para peserta.

Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di Akademi pula dapat dilihat melalui liputan harian Diari AF (#DiariAF) pada setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 10 September 2013. Program TGIAF (Terus Gempak….Inilah AF 2013) (#TGIAF) pula akan keudara setiap hari Jumaat bermula 13 September 2013 jam 9.00 malam. TGIAF ialah sebuah program pra konsert yang akan mengetengahkan apa yang dijangka oleh barisan panel dan penonton terhadap kesemua peserta. Konsert AF (#KonsertAF) pula akan bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 14 September 2013. Untuk mendapatkan segala info terkini #AF2013 sila layari laman web rasmi www.af.com.my

AKADEMI FANTASIA 2013 (#AF2013)

No comments: