Tuesday, August 6, 2013

ROSNAH MOHD NOOR BEKAS ISTERI IWAN MENINGGAL DUNIA

ROSNAH MOHD NOOR BEKAS ISTERI IWAN MENINGGAL DUNIA

Rosnah Mohd Noor Bekas Isteri Iwan Meninggal Dunia

Pelakon tahun 1980-an Rosnah Mohd. Noor meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah tulang pada usia 54 tahun di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur kira-kira pada pukul 2.30 petang Ahad. Menurut adik Allahyarham, Mohd. Azhar Mohd. Noor, 48, pelakon yang merupakan anak ketiga dalam sembilan beradik itu pada mulanya hanya menghidap kanser payu dara sahaja sebelum merebak ke barah tulang.

"Allahyarham disahkan menghidap barah payu dara kira-kira setahun yang lepas. Tetapi penyakitnya itu merebak dengan cepat dan menjadi barah tulang pula sehingga ke tahap empat iaitu yang paling serius. "Penyakit itu semakin kronik dan adik saya meninggal dunia pukul 2.30 petang di sisi anaknya iaitu Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20," katanya.

Rosnah Mohd Noor pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-5 melalui filem Di Ambang Kasih. Allahyarham juga pernah membintangi filem Di Ambang Kasih pada 1984 dan Hantu Siang pada 1986.

ROSNAH MOHD NOOR BEKAS ISTERI IWAN MENINGGAL DUNIA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130804/hi_01/Rosnah-Mohd-Noor-meninggal-dunia#ixzz2b6xbbpwV © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: