Friday, August 23, 2013

MENGAPA KEMENANGAN LISA SURIHANI DIPERTIKAI

Lisa Surihani

MENGAPA KEMENANGAN LISA SURIHANI DIPERTIKAI

Mengapa Kemenangan Lisa Surihani Dipertikai

PELAKON popular, Lisa Surihani bukanlah nama picisan dalam industri seni tempatan. Bukan sahaja memiliki personaliti menarik, malah isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Yusry Abd Halim ini juga hebat di skrin. Kemenangannya di Festival Filem Malaysia 21 (FFM21) pada 2008 menerusi anugerah Pelakon Harapan Wanita membuktikan kredibiliti aktres, I'm Not Single ini bukanlah omongan kosong.

Malah pada 2010, Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed, 27, mengulangi kemenangan di FFM23, menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP). Turut merangkul kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin pada tahun lalu, Lisa kini berjaya menambah koleksi trofinya di Anugerah Lawak Warna (ALW) menerusi kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik.

Berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Yana Shamsudin, Intan Ladyana, Sharifah Amani dan Sharifah Shahira, akui Lisa, dia sendiri tidak menjangkakan kemenangan itu. Pun begitu, sebagai selebriti, Lisa tidak terlepas daripada suara-suara liar mempertikaikan kemenangannya itu. Malah, kemenangannya itu turut mendapat reaksi di kalangan peminat yang merasakan kemampuan Lisa dalam arena komedi tidak setanding calon lain.

Enggan mengambil pusing mengenai kritikan mengenai kemenangannya itu, Lisa lebih selesa berfikiran positif. Katanya, dia juga turut berharap agar tiada pihak yang cuba mempertikaikan kemenangan ini. "Saya tak mahu didik diri saya untuk fikir perkara yang negatif walaupun saya tidak boleh nafikan, mungkin ada segelintir pihak kurang berpuas hati. "Namun, saya harap, tak adalah yang berfikiran sebegitu kerana bagi saya, kategori itu bukan sahaja menekankan pelawak, ia lebih kepada pelakon.

MENGAPA KEMENANGAN LISA SURIHANI DIPERTIKAI
ikuti kisah hiburan di Sinar Harian

No comments: