Sunday, August 4, 2013

KARLOS BOLOS GANDINGAN MANTAP JOHAN TIZ ZAQYAH DAN SYAZWAN

KARLOS BOLOS

KARLOS BOLOS GANDINGAN MANTAP JOHAN TIZ ZAQYAH DAN SYAZWAN

Karlos Bolos Gandingan Mantap Johan Tiz Zaqyah dan Syazwan

Sempena sambutan Aidilfitri, telefilem ‘Karlos Bolos’ bakal meneruskan kesinambungan drama siri slot Aksi ‘Karlos’. Kisah yang akan ditampilkan kali ini adalah prekuel di mana Karlos dan Kenji yang meloloskan diri dari Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima. Menerusi produksi Frontrow Pictures Sdn Bhd, telefilem ini menampilkan pelakon hebat seperti Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Rusdi Ramli, Namron, Sherlie Merlis, Dira Abu Zahar dan Jay Iswazir.

'Karlos Bolos' bermula selepas 18 bulan berada di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima, Karlos (Johan As’ari) dan Kenji (Syazwan Zulkifly) sedang membuat persiapan untuk pertandingan pidato dan melakukan kajian dengan mencari maklumat di akhbar. Ketika membuat kajian, Kenji telah ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatiannya di dalam akhbar. Yang diperhatikan oleh Kenji adalah gambar seorang lelaki yang amat dibencinya iaitu Sunny (Zizan Razak).

Selepas dipujuk, barulah Kenji menceritakan perkara sebenar bahawa ibunya adalah seorang pelacur dan Sunny merupakan bapa ayamnya. Sunny juga bertanggungjawab memisahkan Kenji dari ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar). Tiba-tiba terkeluar dari mulut Kenji cadangan yang gila. Dia mahu keluar dari pusat tersebut untuk mencari Sunny. Mungkin dia boleh menyelamatkan ibunya yang berada entah di mana.

Karlos dan Kenji meloloskan diri dari pusat pada tengah malam dan tanpa disedari oleh pelatih lain. Oleh kerana terdesak tiada kereta yang hendak berhenti untuk mereka, Karlos dan Kenji bergegas ke stesen petrol. Kebetulan pada waktu itu, Ella (Tiz Zaqyah) dalam perjalanan hendak ke Kuala Lumpur dan dia berhenti sebentar untuk mengisi minyak.

Karlos dan Kenji menggunakan peluang ini untuk mengugut membunuh Ella jika dia tidak memenuhi kehendak mereka. Berjayakah Karlos dan Kenji dalam pencarian mereka menjejaki Sunny dan ibu Kenji, Cuwie di kotaraya Kuala Lumpur? Atau tindakan gila dua remaja ini menjadi sia-sia dan hukuman berat menanti mereka? Nantikan ‘Karlos Bolos’ pada Hari Raya Pertama (8 Ogos) jam 9.00 malam di TV3.

KARLOS BOLOS GANDINGAN MANTAP JOHAN TIZ ZAQYAH DAN SYAZWAN
ikuti kisah hiburan di Media Hiburan

No comments: