Sunday, August 4, 2013

AMAR ASYRAF DAN NELYDIA SENROSE DALAM SETIA HUJUNG NYAWA RAYA

AMAR ASYRAF DAN NELYDIA SENROSE DALAM SETIA HUJUNG NYAWA RAYA

Amar Asyraf dan Nelydia Senrose Dalam Setia Hujung Nyawa Raya

Drama siri popular Setia Hujung Nyawa yang berjaya mencetuskan fenomena bakal kembali dengan kesinambungan pada telefilem sempena raya Setia Hujung Nyawa Raya pada Hari Raya pertama ini. Drama lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain.

El sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas, Namun Zain hanya mampu bersabar biarpun dilayan seperti bibik. Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur sahaja, pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif namun tidak berjaya. Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain mengambil keputusan balik ke kampungnya.

Ketika berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisarah muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya menyenangi perangai Maisarah yang kelakar sehingga membuatkan El cemburu dan mengurung diri di dalam bilik. Jangan ketinggalan menyaksikan Sehingga HUjung Nyawa Raya pada malam pertama Raya, pukul 9.30 malam di TV3.

AMAR ASYRAF DAN NELYDIA SENROSE DALAM SETIA HUJUNG NYAWA RAYA
ikuti kisah hiburan di mStar

No comments: