Friday, December 30, 2011

KISAH 7 GERHANA

Kisah 7 Gerhana

 KISAH 7 GERHANA


Kisah 7 Gerhana mengangkat kisah sebenar seorang wanita yang berkahwin sebanyak tujuh kali. Drama 7 Gerhana terbitan syarikat pelakon Hans Isaac, Tall Order Productions dikatakan sekadar memberi pendedahan dan pengajaran kepada orang ramai bukan bertujuan mengaibkan individu terbabit. Paparan kisah benar itu dikatakan dialami sendiri seorang rakan kepada pengarah urusan Tall Order Productions yang juga merangkap pelakon, pengarah bersama dan penerbit drama 7 Gerhana iaitu Hans Isaac.


Kisah 7 Gerhana. Menurut Hans, dia terlebih dahulu sudah meminta kebenaran rakan wanitanya itu untuk memaparkan kisahnya dalam bentuk drama dan rakan wanitanya itu telah bersetuju. “7 Gerhana ini adalah kisah sebenar yang terjadi dalam hidup kawan saya yang mana dia berkahwin sebanyak tujuh kali. Dia beri peluang kepada saya untuk buat cerita ini. Walaupun dia berkahwin sebanyak tujuh kali namun hampir semua lelaki yang berkahwin dengannya bukan atas pilihan sendiri. Sebaliknya adalah atas desakan keluarga dan penipuan lelaki-lelaki yang meminatinya,” ungkap Hans mengenai 7 Gerhana yang dilakonkan oleh pelakon hebat Vanida Imran.

Kisah 7 Gerhana. Selain Hans, Vanida dan Andrea, 7 Gerhana turut dibintangi oleh Omar Abdullah, Zulkifli Ismail, Kay Maria, Riz Aminm Ery Zuhkairi dan Hafiz Halim. Drama 7 Gerhana kini ditayangkan di Astro Prima saluran 105 setiap hari Rabu pukul 9 malam.

sumber : kosmo

No comments: