Saturday, December 31, 2011

OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA ASTRO

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega Astro

OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK  MEGA ASTRO


Osbon juara maharaja lawak mega astro. Selepas sembilan minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak Mega berjaya menjadi milik kumpulan Osbon apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada malam Jumaat. Kemenangan Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Os) dan Sharizan Ahmad (Abon) itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

ELLIE SURIATI ENGGAN BEREHAT SELEPAS KEGUGURAN

Ellie Suriati

ELLIE SURIATI ENGGAN BEREHAT SELEPAS KEGUGURAN


Ellie Suriati enggan berehat selepas keguguran. Pengarah filem Penanggal, Elly Suriati enggan berehat walaupun diberikan cuti oleh pihak pengurusannya setelah dibenarkan keluar daripada Hospital Kuala Kangsar pada tengah hari Khamis lalu kerana mengalami keguguran. Suaminya, pelakon Azri Iskandar berkata, isterinya mengambil keputusan untuk kembali ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu berasa sedih dengan kehilangan bayi mereka dan ingin menumpukan kepada kerja.

SHARIFAH SHAHIRA TINGGALKAN SURIA FM

Sharifah Shahira dan Ijoy

SHARIFAH SHAHIRA TINGGALKAN  SURIA FM


Sharifah Shahira tinggalkan Suria FM. Desas desus mengatakan pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau Shira akan meninggalkan stesen radio itu ternyata benar apabila dia mengesahkan kontraknya akan berakhir pada 24 Januari depan. Shira berkata, selain soal kontrak, keputusan untuk meninggalkan stesen itu adalah kerana dia mahu mencuba perkara baru dalam kerjaya seni.

Friday, December 30, 2011

ROZITA DAN ZAIN BERCUTI BERSAMA

Rozita Che Wan

ROZITA DAN ZAIN BERCUTI BERSAMA


Rozita dan Zain bercuti bersama. Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang Selasa lalu. Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

MURALI DIKEJARKAN KE HOSPITAL

Murali Abdullah

MURALI DIKEJARKAN KE HOSPITAL


Murali dikejarkan ke hospital. Pengarah drama terkenal, Murali Abdullah dikejarkan ke Hospital Selayang, dekat sini kira-kira pukul empat petang Khamis selepas mengalami muntah-muntah dan sakit kepala di lokasi penggambaran drama Mr. Labuci. Menurut Penerbit Ekskutif Zeel Production, Muhamad Norazhar Baharuddin atau Bobby, pihaknya belum mengetahui keadaan Murali kerana masih menunggu laporan daripada pihak hospital.

CARMEN SOO SI CANTIK YANG LASAK

Carmen Soo

CARMEN SOO SI CANTIK YANG LASAK


Carmen Soo si cantik yang lasak. Walaupun pada bahagian betis dan lengannya tidak lagi putih mulus dek beberapa kesan lebam berikutan aksi lasak, Carmen Soo tetap bersemangat meneruskan penggambaran filem Dead Mine yang berlangsung di Batam, Indonesia. Pelakon tempatan yang turut membina kerjaya mantap di Hong Kong, Filipina dan Singapura itu nyata puas apabila berpeluang melakukan sendiri babak mendebarkan dengan bimbingan pengarahnya, Steven Shiel.

KISAH 7 GERHANA

Kisah 7 Gerhana

 KISAH 7 GERHANA


Kisah 7 Gerhana mengangkat kisah sebenar seorang wanita yang berkahwin sebanyak tujuh kali. Drama 7 Gerhana terbitan syarikat pelakon Hans Isaac, Tall Order Productions dikatakan sekadar memberi pendedahan dan pengajaran kepada orang ramai bukan bertujuan mengaibkan individu terbabit. Paparan kisah benar itu dikatakan dialami sendiri seorang rakan kepada pengarah urusan Tall Order Productions yang juga merangkap pelakon, pengarah bersama dan penerbit drama 7 Gerhana iaitu Hans Isaac.

ISTANA BUDAYA LUBUK EMAS TEATER

Istana Budaya Lubuk Emas

ISTANA BUDAYA LUBUK EMAS TEATER


Istana Budaya lubuk emas teater tempatan. Memandang perkembangan teater kita sepanjang tahun 2011, bolehlah dibuat kesimpulan alirannya tidak berubah berbanding tahun sebelumnya. Jenama popular dan komersial masih lagi menjadi pilihan produser bagi menarik kehadiran penonton ke gelanggang teater.

TANGLUNG BULAN SEMALAM

Tanglung Bulan Semalam

TANGLUNG BULAN SEMALAM


Tanglung Bulan Semalam. Drama yang diterbitkan khusus untuk slot tayangan sempena Tahun Baru Cina nanti membawa kisah mengenai pergolakan hubungan antara ibu dengan dan kekasih anaknya yang berbangsa Melayu. Menampilkan pelakon baru yang semakin meningkat populariti, Adeline Tsen sebagai Jenny, Madam Chong (Madam Su) dan Irfan Roslan yang melakonkan watak teman lelaki Jenny, Razlan.

Thursday, December 29, 2011

KARNIVAL SEHARI BERSAMA JAMAL ABDILLAH

Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah

KARNIVAL SEHARI BERSAMA JAMAL ABDILLAH


Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah akan berlangsung pada 7 januari depan di perkarangan Maju Junction Mall, Kuala Lumpur bermula 10 pagi hingga 10 malam. Karnival julung kali itu dianjurkan bersempena dengan kemunculan album terbarunya, Raja Pop 2 serta produk kecantikan yang diusahakan bersama D'Jas dan Bintang Channel.

NELYDIA SENROSE PUAKA BUNGA TANJUNG

Nelydia Senrose Puaka Bunga Tanjung

NELYDIA SENROSE PUAKA BUNGA TANJUNG


Nelydia Senrose Puaka Bunga Tanjung. Bakat dan emosi sewaktu berada dalam set penggambaran dimiliki bintang muda, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, mula membuatkan ramai pengarah memuji dan sedia membimbingnya. Pada usia baru mencecah 17 tahun, gadis kacukan Melayu-Siam ini sudah membintangi lebih 10 drama.

PAPA I LOVE YOU

Papa I Love You

 PAPA I LOVE YOU


Papa I Love You. Ketika lambakan filem komedi seram dan aksi hangat diperkatakan sekarang, tampil filem terbaru MIG yang juga menjadi penutup hujung tahun ini berjudul Papa, I Love You berkonsep kekeluargaan yang mula menjengah pawagam hari ini, 29 Disember 2011.

ELLIE SURIATY BAWA PENANGGAL

Ellie Suriaty Bawa Penanggal

 ELLIE SURIATY BAWA PENANGGAL


Ellie Suriaty bawa penanggal. Apabila penonton menilai kehebatan sesebuah filem, pastinya ia akan membawa kepada figura yang menjadi tulang belakang pada keberkesanan naskhah yang menjadi santapan peminat industri perfileman di Malaysia. Industri ini didominasi oleh lelaki kerana bilangan mereka jauh lebih ramai berbanding wanita.

BUNKFACE BERGEMA DI INDONESIA

Bunkface Bergema di Indonesia

BUNKFACE BERGEMA DI INDONESIA


Bunkface bergema di Indonesia. Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Paan dan Youk kini sedang sibuk menjelajah kota Jakarta, Indonesia bagi mengintai peluang menembusi pasaran di sana. Nampak jelas kesungguhan anak muda ini dalam memperjuangkan muzik mereka.

RAJA DAN RATU ROCK MALAYSIA BERGABUNG

Raja dan Ratu Rock Malaysia

RAJA DAN RATU ROCK MALAYSIA BERGABUNG


Raja dan ratu rock Malaysia bergabung. Kemunculan gabungan dua ikon muzik rock negara, Awie dan Ella di atas satu pentas pastinya dinantikan oleh ramai peminat. Impian ini bakal terlaksana dalam Konsert Awie & Ella, Raja dan Ratu Rock Malaysia, di Istana Budaya, pada 12 hingga 15 januari 2012. Konsert selama empat hari ini merupakan anjuran Tall Order Productions (TOP), milik pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac.

Wednesday, December 28, 2011

DATUK AC MIZAL PERKENAL MFACE

Datuk AC Mizal Perkenal Mface

 DATUK AC MIZAL PERKENAL MFACE


Datuk AC Mizal perkenal Mface. Berasakan Malaysia juga berkemampuan mewujudkan laman sosial sendiri setanding Facebook, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface. Membawa pengertian Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.

SHAHEIZY SAM CETUS FENOMENA

Shaheizy Sam Cetus Fenomena

SHAHEIZY SAM CETUS FENOMENA


Shaheizy Sam cetus fenomena. Bintang ini sememangnya mencetuskan fenomena seni negara. Shaheizy Sam Abd Samad, 28 atau Sam meminati nyanyian dan berlakon namun kemampuannya lebih terserlah dalam bidang lakonan. Dilahirkan dalam keluarga seni, Sam mula berlakon sejak kanak-kanak lagi.

JIMMY JADI PENCERAMAH MOTIVASI

Jimmy Shanley

 JIMMY JADI PENCERAMAH MOTIVASI


Jimmy jadi penceramah motivasi. Selain kelihatan tenang dan ceria sewaktu bertemu dalam majlis pelancaran drama Antara Garisan baru-baru ini, ternyata tubuh pengacara itu juga dilihat lebih berisi berbanding sebelumnya. Menurut Jimmy Shanley, jika sebelum ini berat badannya cuma sekitar 54 kilogram, tetapi kini berat badannya meningkat kepada 64 kilogram sehingga menampakkan bentuk badannya yang berisi.

YUNA TERUS LEBARKAN SAYAP

Yuna

 YUNA TERUS LEBARKAN SAYAP


Yuna terus lebarkan sayap. Yunalis Zarai, 25 atau Yuna, bakat baru yang menjadi kebanggan industri hiburan tanah air berjaya mencipta kejayaan di dalam dan di luar negara. Bermula sebagai penyanyi indie, Yuna memberi nafas baru dalam arena seni suara dengan muziknya yang santai.

SYAMSUL YUSOF PENGARAH GENERASI BARU

Syamsul Yusof

SYAMSUL YUSOF PENGARAH GENERASI BARU


Syamsul Yusof pengarah generasi baru. Baru berusia 27 tahun namun sudah banyak anugerah berjaya dirangkulnya. Syamsul insan seni paling muda menang anugerah Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 dan 24, menerusi filem Evolusi KL Drift dan KL Gangster. Pada FFM24 juga KL Gangster meraihkan anugerah Filem Box-Office kerana berjaya mencatat kutipan tiket RM11.7 juta.

Tuesday, December 27, 2011

AARON AZIZ PALING CEMERLANG

Aaron Aziz

AARON AZIZ PALING CEMERLANG


Aaron Aziz paling cemerlang. Bagi tahun 2011, Aaron Aziz, 35, muncul pelakon lelaki paling cemerlang. Kemunculannya dalam teater Badai Semalam dan filem Ombak Rindu sudah cukup membuktikan siapa lelaki ini di depan mata peminatnya. Berilah apa sahaja watak kepadanya, pasti menjadi sehingga orang tidak pernah kisah akan statusnya sebagai suami dan bapa.

ASMIDAR JUARA VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA

Asmidar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa

 ASMIDAR JUARA VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA


Asmidar Juara Vokal Bukan Sekadar Rupa. Pertarungan antara dua finalis program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada Ahad lalu, memberikan tamparan hebat kepada juri program dalam memilih juara. Namun, kelebihan serta nada tersendiri yang dicipta peserta dari Kuala Lumpur, Norhasmidar Ahmad mendendangkan lagu ciptaan Ajai, Biar Sampai Ke Bintang, 'membunuh' kelebihan lawannya, Mafarikha Md Akhir sehinggakan kesemua juri sepakat mengatakan lagu itu cukup sempurna dinyanyikan.

JAMAL ABDILLAH MERAJUK DENGAN RUMAH PENGASIH

Jamal Abdillah

 JAMAL ABDILLAH MERAJUK DENGAN RUMAH PENGASIH


Jamal Abdillah merajuk dengan rumah pengasih. Sukar untuk membuatkan lelaki bersuara hebat ini mengeluarkan kata-kata. Namun, apabila Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 52, mula meluahkan kata-kata bahawa dia kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap dirinya, itu bermakna dia benar-benar terkilan dengan apa yang terjadi.

SHARNAAZ BASIR AHMAD MULA MENONJOL

Sharnaaz Basir Ahmad

 SHARNAAZ BASIR AHMAD MULA MENONJOL

Sharnaaz Basir Ahmad mula menonjol. Sharnaaz mula dikenali menerusi drama Tari Tirana antara pelapis pelakon lelaki paling menonjol. Setelah dua tahun mencuba nasib dalam industri ini, Sharnaaz mampu menarik nafas lega apabila bakatnya mula diterima ramai dan semakin ramai yang mula mengagumi anak muda berbakat besar ini.

SARA ALI MEMIKAT HATI

Sara Ali

SARA ALI MEMIKAT HATI


Sara Ali memikat hati. Baru setahun jagung tetapi sudah membintangi lima filem tahun lalu. Itu memang suatu prestasi yang boleh dikatakan hebat bagi seorang pelakon baru. Tanpa perlu membuktikan kemampuan di layar kaca seperti kebanyakan pelakon baru lain, Sara Ali mampu memikat hati ramai pengarah untuk melamarnya sebagai bintang utama di layar perak.

NUR FATHIA TETAP MENYERLAH

Nur Fathia

 NUR FATHIA TETAP MENYERLAH


Nur Fathia tetap menyerlah. Biarpun kehadirannya di arena seni lebih banyak dilingkari cerita negatif, usah pandang sepi kepadanya kerana ia antara paling menyerlah tahun ini. Nur Fathia Abd Latiff sudah boleh berbangga dengan pencapaiannya cemerlangnya setakat ini.

AERIL ZAFREL MAKIN MATANG

Aeril Zafrel

 AERIL ZAFREL MAKIN MATANG


Aeril Zafrel makin matang. Nama sebenar jejaka kacak ini ialah Suhairil Sunari. Kerjayanya bermula dengan drama Permata Hati Mama namun nama Aeril mula dikenali apabila menjayakan drama Kisah Kaisara menerusi watak Affendi. Pembabitan awalnya sangat kurang memberangsangkan apabila persembahannya sering dikritik.

Monday, December 26, 2011

IZARA AISHAH TUAH MELAYU PAKISTAN

Izara Aishah

IZARA AISHAH TUAH MELAYU PAKISTAN


Izara Aishah tuah Melayu Pakistan. Sememangnya tuah amat dimiliki oleh si gadis kacukan Melayu-Pakistan ini. Dia memiliki pakej lengkap sebagai pelakon. Izara mula diintai oleh penerbit dan pengarah setelah bergelar Naib juara Dewi Remaja 2009/2010. Telah memulakan karier seawal usia 18 tahun, dia mempunyai masa yang panjang untuk mengekalkan populariti.

SITI SALEHA SEMAKIN HANGAT

Siti Saleha

SITI SALEHA SEMAKIN HANGAT


Siti Saleha semakin hangat. Siti Saleha adalah pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang juga adik kepada Sam Bunkface. Menceburi dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun dan tuah berpihak kepadanya apabila drama Nora Elena yang dibintanginya bersama jejaka idaman Malaya, Aaron Aziz, mendapat sambutan hangat.

JOHAN ARIFF ASA'RI TERUS MELANGKAH

Johan Ariff dan Fasha Sandha

JOHAN ARIFF ASA'RI TERUS MELANGKAH


Johan Ariff Asa'ri terus melangkah. Johan Ariff adalah nama yang wajar diberi perhatian. Mula mencipta nama menerusi watak Botak dalam rantaian popular, Juvana di TV3. Persembahan berkesannya sebagai remaja liar yang memberontak akibat tekanan hidup menyerlahkan namanya bahkan membawa pulangan lumayan kepada anak kedua daripada empat beradik ini.

TASHA SHILA MAKIN MENYERLAH

tasha shila makin menyerlah
Tasha Shila Makin Menyerlah

TASHA SHILA MAKIN MENYERLAH

Tasha Shila makin menyerlah. Aktres cantik, Tasha Shila atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak menduduki tempat ketiga pendatang baru paling menyerlah 2011 pilihan selebriti. Dilahirkan pada 25 Januari 1987, anak jati Ampang, Selangor ini membuktikan kemampuannya apabila berjaya menjiwai setiap watak yang diberikan dengan berkesan.

NAJWA LATIFF DAN CINTA MUKA BUKU

NAJWA LATIFF DAN CINTA MUKA BUKU


Najwa Latiff

Najwa Latiff dan Cinta Muka Buku. Sepanjang tahun 2011 industri seni melihat serlahan ramai wajah baru. Generasi ini berpotensi besar muncul sebagai pelapis bintang ternama sedia ada. baik di dunia lakonan mahupun seni suara, masing-masing menyerlah dengan daya tarikan tersendiri.

NEELOFA PEWARIS ANAK SENI

NEELOFA PEWARIS ANAK SENI


Neelofa Pewaris Anak Seni
 
Neelofa pewaris anak seni. Pendatang baru yang cukup menyerlah dan mempesonakan jadi milik Nur Neelofa Mohd Noor. Juara Dewi Remaja 2010 ini laris bagaikan pisang goreng panas apabila menjadi rebutan ramai pengarah. Neelofa bukan sekadar bersandarkan rupa paras jelita, bintang baru ini berbakat besar bahkan mutu lakonannya semakin meyakinkan.